ni lah hasilnya....hhehheh...
Monday, 29 September 2014
Let Go Travel
Assalam, lama rasa tak menulis entry. Hari ni tiba2 rasa nak menulis pulak. Semalam(28/09/2014) aku gi buat pas sempadan. Raya ni ingat nak g Thailand, maklumlah saudara ramai jugak duk sana. Nak jadikan cerita, bukan main lah lama proses nk buat benda alah tu. Orang pun ramai... siap fasa pertama, ingtkan dah boleh dapat dah benda tu rupanya kena datang semula selepas 1jam. Cemuih tunggu, nasib baik masa tu jaga UTC, xde lah geram kena datang sekali lagi dari opis.
Saturday, 20 September 2014
kiSaH mEMaluKan
19/09/2014 - kisah terjadi waktu aku keluar dari RHB Bank. Buat report pasal duit aku vdrow tapi tak keluar duit daripada mesin ATM. Tengah syok jalan sambil duk main balas whatapp, tiba2 aku tersadung. Boleh imagin tak dia punya scene tu, nak boleh ke jatuh terjelopok dekat jalan tar yang apabila jatuh memang sakit giler lah. Aku punyalah tahan kaki tak nak bagi jatuh tap akhirnya jatuh juga... Tengokan sebelah selipar yang jauh terdampar, memang sadislah. Apabila dah jatuh, apa lagi malu lah. Nasib baik tak de pakwe hensem klu tak lagi lah malu. Nasiblah ada orang tolong angkat aku bangun. Tapi yang tak best nya dia cakap apa tau " bergegar sekejap tadi" hahaha... tak leh blah ayat dia... Tapi malu punya pasal dan dia yang tolong angkat aku, jadi aku gelak je lah. nak marah tak boleh lah.
ni habuannya...terseliuh tangan....hehehe...malu...
Mana tak jadi macam ni, syok duk replay whatapp... ni yang dapat... banyak fikir masalah. Yalah duit hilang dari akaun, mau tak fikor sampai tersungkur...heheh...tp syukur lah ni je yang dapat...klu teruk lagi yang dapat memang tak terkata dek kata2 lah....hehehe..:)-
Monday, 15 September 2014
MenJAUhi lebih BaIK
Aku rela jauhkan diri daripada menanggung sakit hati.... biarlah aku yang undurkan diri... aku bahagia (ya ke) bila tengok kawan aku bahagia.... tipu klu aku cakap macam 2... aku hanya manusia biasa.... terlalu baik klu aku cakap aku tak jeles.... tapi kenapa aku harus ada perasaan ini. Aku bukan ada apa2 hubungan pun dengan dia. tapi aku rasa sakit sangt. Betapa bahagianya dia saat menyatakan hasrat dia tuk suh aku balik dulu... memang aku tahu wajahku tak dapat nk sorokan perasaan aku pada wktu tu. Tapi aku cuba untuk menutup perasaan itu dengan cuba memaniskan wajah ku, walaupun benda payah. Aku reta jauhkan diri aku dan pura2 tak nmpak apa yang berlaku. Padahal hakikatnya hati aku sakit. Kenapa perlu aku rs bnda tu. Betapa bencinya aku dengan perasaan ini. Aku ingin lari sejauh yang boleh tanpa menoleh ke belakang lagi. Biarlah mereka bahagia. Semua orang yang baik dengan aku semua pergi kepada dia. Sungguh aku rasa berkecil hati. Tiada lagi mesaj, tiada lagi whatapp. Yang tinggal hanya lah kenangan yang aku tidak patut untuk dikenangan. Aku cuba tuk menyibukkan diri, aku cuba untuk tidak berhadapan dengan dia, aku cuba sedaya upaya aku tanda meninggalkan bekal kepada orang lain. Biarlah orang tidak paham asal aku sorang yang faham. Biar aku rasa sakit asal org lain gembira. Biar aku sendirian asal orang lain berteman. Biar aku perit asal orang lain selesa. Biarkan... . Hanya Allah swt tempat aku mengadu. Dengar lah rintihanku ini Ya Rabbi...
Wednesday, 10 September 2014
KEmaaFan YaNg Ku PinTa
Pagi ni aku bangun, bersiap nak ke opis, dalam tengah iron tudung aku terpandangkan frame gambar aku yang pecah tu. Terkejut aku tengok cz tak de cuma yang ada sekeping gambar yang memang ada dengan frame gambar yang pecah tu. Aku tanya kawan aku ni.. dia cakap dia buang cz pecah... memang salah aku cz tak kemas bnda tu dah lama duk kat situ. Aku ingat nak tampallah gam sbb benda tu jadi sentimental value pada aku... semua kawan2 dapatkan aku pun dapat jadi nak lah biar ada jgk walau pun retak seribu dan pecah terus. Aku tunggu jugak kawan aku tu cakap maaf tp xde...Dia hanya cakap ingat tak nak dah.. n suh beli lain dekat tempat yang sama. Masalahnya sekarang ni benda tak sama, yang dibeli dengan yang diberi. Aku senyum je lah tapi dalam hati terasa jugak lah. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki aku kan. Tak pe lah... Kesimpulannya, bukan rezeki aku lah.... :)-
Friday, 5 September 2014
BaHaGiamu dERitAku
Kenapa aku harus rasa sakit hati??? Kenapa aku harus terasa hati??? Kenapa aku yang rasa sakit??? Kenapa aku harus fikir semua ini??? Semua jawapan pada persoalan ini hanya ada pada Dia. Sesungguhnya aku berdoa padaMu Ya Allah. Ampunkan lah dosa2ku.Aku banyak dosa padaMu. Kembalikan lah aku kejalanMu. Berikanlah aku hidayahMu. Betapa peritnya aku untuk menanggung kebhagiaan org lain. Tetapi sesungguhnya aku redha. Mungkin ini semua ketentuanMu. Sesungguhnya Kau beri dugaan kepada org yang mampu. Terima kasih Ya Allah. Aku akan sentiasa mengingatiMu.. Kau sedarkanlah diriku jika aku terleka... jika aku terlena... sesungguhnya padaMu aku ber serah....Amin...
Wednesday, 3 September 2014
Tuesday, 2 September 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
