Tarikh :
14/11/2014
Hari :
Jumaat
Lokasi :
Langkawi
Pagi-pagi dah kluar rumah tuk ke jeti. Perancangan last minute Alhamdulillah
menjadi. Trurun rumah dalam pukul 6.10
pagi. Pergi ambil saing dulu, lepas tu terus ke jeti Kuala Kedah. Feri gerak dari Kuala Kedah dalam pukul 7.30
pagi. Naik je feri aku terus tidur,
maklumlah sakit kepala hasil minum latte hari sebelum tu masih terasa
lagi. Aku bangun masa hampir2 nak sampai
dah dekat jeti Langkawi. Sampai sana
terus cari kereta tuk disewa. Setelah
perbincangan dibuat dan dipersetujui, kami sewa kereta kelisa dengan harga RM50
tuk sehari. Trevel kami bermula ke
destinasi pertama ke Wildlife Park. Di
sana kami dihidangkan dengan pelbagai jenis burung, ikan, buaya dan banyak lagi
binatang yang jarang boleh dilihat di sekeliling kami. Dalam tengah syok duk tengok binatang,
datanglah pekerja Wildlife Park, kami apa lagi tanyalah soalan. Kami tertarik dengan sejenis ikan ni, sangat
besar dan menurut pekerja tersebut ikan ni boleh mencecah lebih kurang 20kali
panjang dan boleh makan orang.
Besarkan??? kami tengok yang berusia 5 tahun pun bukan main besarnya
dia. Adik tu bawa pulak kami tengok buaya dan
burung unta, dia tunjukkan kami teluk
burung unta yang tak jadi. Dia suh kami
pijak dengan kata lain naik atas telur tu.
Mulanya teragak-agak yalah takut pecah kut, sekali naik steady je keras
giler telur tu. Selepas tengok semua
binatang tu dan solat dulu, kami teruskan destinasi kami ke pantai
Chenang. Sampai sana kami cari port yang
elok sikit, kami duk situ sambal tengok orang mandi dan naik banana boat. Tengah duduk tu datang sorang abang tu tegur
kami ajak main boat, aku cakat klu free nak lah, dia gelak. Kemudian datang lagi sorang abang ni tegur
kami lagi ajak main. Punyalah selekeh
dia ni, tapi tak sangka sejarah hidup dia macam tu. Bekas peguam berdasarkan cerita dialah.
Bermulalah cit cat kami, dari permulaan cerita dia macam mana dia boleh keja
dekat pula utu sedangkan dia asal orang Johor.
Tukar kerja daripada seorang peguam ambik keputusan keja sebagai budak
pantai. Rambut yang pendek dah jadi
panjang, sepanjang duk di Langkawi tak pernah potong rambut, 5 tahun duk sana 5
tahun lah rambut tak pernah potong.ambil keputusan berhenti keja sebab stress
yang melampau, tekanan kerja yang tinggi, bak kata abang joe “gaji mahal pun
kalau hati tak tenang, tak de kebebasan tak de gunanya jugak”. Dengan keputusan yang nekat, dia ambil
keputusan untuk bebaskan diri dia daripada tekanan kerja yang melampau. Kami tanya sampai bila nak duk sini sedangkan
dia masih ada ibu. Dia senyum dengar soalan kami dan jawapn dia, “mungkin
dah kawin kut akan balik Johor semula”.
Dia nasihatkan kami supaya jangan kawin dengan orang pulau sebab katanya
orang pulau pemikiran dia tak berkembang.
Sejauhmana kesahihan dia, aku pun tak pasti. Kesimpulan cerita abang joe
tu, setiap sesuatu keputusan terletak pada diri kita sendiri. Kalau sanggup
teruskan, kalau tak sanggup lepaskan.

