Tuesday, 23 December 2014

KESERONOKAN #SAJE2 SUKA2



18/11/2014
SELASA

On the way balik dari kerja tertengok kedai coconut shake yang dah lama kami intai akhirnya buka juga kedainya.  Apa lagi berhentilah beli, dengan nikmatnya drive keretanak berhenti dekat 7E, sekali tertengk kereta abang terparking elok, kami buat kesimpulan dia berhenti beli roti canai.  Aku berhentikan kereta dekat 7E sambil tunggu kawan aku ke beli barang, sekali tengok abang lalu dengan kereta melintasi kereta aku.  Dah settle semua, kami balik sekali tengok sekali lagi kereta abang terparking elok dekat kedai makan tepi petronas.  Apa lagi menjeritlah aku.  Terlepas kedai tu, aku belok semula kereta dan2 nak makan pulak.  Sebelum tu bukan main tak nak makan kononnya kenyang, tengok kereta abang punya pasal terus nak makan.  Sampai je dekat kedai terus parking kereta dan jalan ke kedai, mata melilau cari dia maklumlah tak pernah tengok tuan punya keta.  Bukan susahpun cari sebab orang tak ramai masa tu dekat kedai, jadi kami nampak lah dia pakai baju t-shirt berkolar warna hitam. First impretion hensem,  tepat ciri2 lelaki idaman aku darisegi luaranlah, dalaman tak tahulah macam mana. Saje nak seronok2....


LANGKAWI TENANGKAN FIKIRAN #PENGALAMAN BARU



Tarikh : 14/11/2014
Hari : Jumaat
Lokasi : Langkawi


Pagi-pagi dah kluar rumah tuk ke jeti.  Perancangan last minute Alhamdulillah menjadi.  Trurun rumah dalam pukul 6.10 pagi. Pergi ambil saing dulu, lepas tu terus ke jeti Kuala Kedah.  Feri gerak dari Kuala Kedah dalam pukul 7.30 pagi.  Naik je feri aku terus tidur, maklumlah sakit kepala hasil minum latte hari sebelum tu masih terasa lagi.  Aku bangun masa hampir2 nak sampai dah dekat jeti Langkawi.  Sampai sana terus cari kereta tuk disewa.  Setelah perbincangan dibuat dan dipersetujui, kami sewa kereta kelisa dengan harga RM50 tuk sehari.  Trevel kami bermula ke destinasi pertama ke Wildlife Park.  Di sana kami dihidangkan dengan pelbagai jenis burung, ikan, buaya dan banyak lagi binatang yang jarang boleh dilihat di sekeliling kami.  Dalam tengah syok duk tengok binatang, datanglah pekerja Wildlife Park, kami apa lagi tanyalah soalan.  Kami tertarik dengan sejenis ikan ni, sangat besar dan menurut pekerja tersebut ikan ni boleh mencecah lebih kurang 20kali panjang dan boleh makan orang.  Besarkan??? kami tengok yang berusia 5 tahun pun bukan main besarnya dia.   Adik tu bawa pulak kami tengok buaya dan burung unta,  dia tunjukkan kami teluk burung unta yang tak jadi.  Dia suh kami pijak dengan kata lain naik atas telur tu.  Mulanya teragak-agak yalah takut pecah kut, sekali naik steady je keras giler telur tu.  Selepas tengok semua binatang tu dan solat dulu, kami teruskan destinasi kami ke pantai Chenang.  Sampai sana kami cari port yang elok sikit, kami duk situ sambal tengok orang mandi dan naik banana boat.  Tengah duduk tu datang sorang abang tu tegur kami ajak main boat, aku cakat klu free nak lah, dia gelak.  Kemudian datang lagi sorang abang ni tegur kami lagi ajak main.  Punyalah selekeh dia ni, tapi tak sangka sejarah hidup dia macam tu.  Bekas peguam berdasarkan cerita dialah. Bermulalah cit cat kami, dari permulaan cerita dia macam mana dia boleh keja dekat pula utu sedangkan dia asal orang Johor.  Tukar kerja daripada seorang peguam ambik keputusan keja sebagai budak pantai.  Rambut yang pendek dah jadi panjang, sepanjang duk di Langkawi tak pernah potong rambut, 5 tahun duk sana 5 tahun lah rambut tak pernah potong.ambil keputusan berhenti keja sebab stress yang melampau, tekanan kerja yang tinggi, bak kata abang joe “gaji mahal pun kalau hati tak tenang, tak de kebebasan tak de gunanya jugak”.  Dengan keputusan yang nekat, dia ambil keputusan untuk bebaskan diri dia daripada tekanan kerja yang melampau.  Kami tanya sampai bila nak duk sini sedangkan dia masih ada ibu.  Dia senyum  dengar soalan kami dan jawapn dia, “mungkin dah kawin kut akan balik Johor semula”.  Dia nasihatkan kami supaya jangan kawin dengan orang pulau sebab katanya orang pulau pemikiran dia tak berkembang.   Sejauhmana kesahihan dia, aku pun tak pasti. Kesimpulan cerita abang joe tu, setiap sesuatu keputusan terletak pada diri kita sendiri. Kalau sanggup teruskan, kalau tak sanggup lepaskan.

Friday, 31 October 2014

DinNeRLah kItA


Malam ni dinner ditaja oleh Jabatan...tema Arabian...kelas kau jah...hahaha... macam2 fesyen.   kami geng ep Kedah simple sesimplenya...kami geng low profil...hahhaa.
ni lah dinnernya.  nak kata seronok rasa biasa je nk kt biasa tapi boleh je.  lepas dinner dapatlah hadiah sorang satu. barang elektrik.  kami memang tak bertuah dapat pun yang biasa-biasa je. Penat makan, perut pun kenyang balik tidur lah, aktiviti lain pulaklah esok paginya.  Lepas sarapan pagi kami mulakan aktiviti kami dengan berendam dalam kolam renang di hotel Peninsilar.
Penat berendam, berenang kuat lentang, kuat kupu-kupu, berlari dalam air siapa sampai dulu dia menang, kami rehat lah.
Masing-masing dengan henset, lumrah dah sekarang henset benda paling penting dalam hidup seseorang. tak canggih pun takpe asal ada. Itu pendapat akulah. hehehe.

Berehat dah so balik bilik mandi dan bersiap tuk window shopping.  Datang KL kalau tak window shopping tak orang cakap.  So, kami pun memulakan pengembaraan kami. tapi kami lain sikit daripada orang lain, orang lain sibuk window shopping baju, tudung, kain pasang tap kami window shoping dan benli benda ni.
Ni lah hasilnya, 3 bijik aku beli 1 lagi ada dengan kawan aku pinjam. hheheh.  Puas hati boleh beli benda ni. Lepas tu balik bilik kemas barang dan satu lagi aktiviti yang kami buat malam tu...hehehe...jeng jeng jeng praktis kior... penat kior, penat berenang, penat window shoping apa lagi tidor lah... esok pagi2 dah nak naik bas dah...balik KEDAH lah pulak....

Monday, 29 September 2014

Let Go Travel

Assalam, lama rasa tak menulis entry. Hari ni tiba2 rasa nak menulis pulak.  Semalam(28/09/2014) aku gi buat pas sempadan.  Raya ni ingat nak g Thailand, maklumlah saudara ramai jugak duk sana.  Nak jadikan cerita, bukan main lah lama proses nk buat benda alah tu.  Orang pun ramai... siap fasa pertama, ingtkan dah boleh dapat dah benda tu rupanya kena datang semula selepas 1jam.  Cemuih tunggu, nasib baik masa tu jaga UTC, xde lah geram kena datang sekali lagi dari opis.

ni lah hasilnya....hhehheh...

Saturday, 20 September 2014

kiSaH mEMaluKan

19/09/2014 - kisah terjadi waktu aku keluar dari RHB Bank. Buat report pasal duit aku vdrow tapi tak keluar duit daripada mesin ATM.  Tengah syok jalan sambil duk main balas whatapp, tiba2 aku tersadung.  Boleh imagin tak dia punya scene tu, nak boleh ke jatuh terjelopok dekat jalan tar yang apabila jatuh memang sakit giler lah.  Aku punyalah tahan kaki tak nak bagi jatuh tap akhirnya jatuh juga... Tengokan sebelah selipar yang jauh terdampar, memang sadislah.  Apabila dah jatuh, apa lagi malu lah.  Nasib baik tak de pakwe hensem klu tak lagi lah malu.  Nasiblah ada orang tolong angkat aku bangun.  Tapi yang tak best nya dia cakap apa tau " bergegar sekejap tadi"  hahaha... tak leh blah ayat dia... Tapi malu punya pasal dan dia yang tolong angkat aku, jadi aku gelak je lah.  nak marah tak boleh lah.



 ni habuannya...terseliuh tangan....hehehe...malu...

Mana tak jadi macam ni, syok duk replay whatapp... ni yang dapat... banyak fikir masalah.  Yalah duit hilang dari akaun, mau tak fikor sampai tersungkur...heheh...tp syukur lah ni je yang dapat...klu teruk lagi yang dapat memang tak terkata dek kata2 lah....hehehe..:)-

Monday, 15 September 2014

MenJAUhi lebih BaIK

Aku rela jauhkan diri daripada menanggung sakit hati.... biarlah aku yang undurkan diri... aku bahagia (ya ke) bila tengok kawan aku bahagia....  tipu klu aku cakap macam 2... aku hanya manusia biasa.... terlalu baik klu aku cakap aku tak jeles.... tapi kenapa aku harus ada perasaan ini. Aku bukan ada apa2 hubungan pun dengan dia.  tapi aku rasa sakit sangt. Betapa bahagianya dia saat menyatakan hasrat dia tuk suh aku balik dulu... memang aku tahu wajahku tak dapat nk sorokan perasaan aku pada wktu tu. Tapi aku cuba untuk menutup perasaan itu dengan cuba memaniskan wajah ku, walaupun benda payah. Aku reta jauhkan diri aku dan pura2 tak nmpak apa yang berlaku. Padahal hakikatnya hati aku sakit. Kenapa perlu aku rs bnda tu.  Betapa bencinya aku dengan perasaan ini. Aku ingin lari sejauh yang boleh tanpa menoleh ke belakang lagi. Biarlah mereka bahagia. Semua orang yang baik dengan aku semua pergi kepada dia. Sungguh aku rasa berkecil hati. Tiada lagi mesaj, tiada lagi whatapp.  Yang tinggal hanya lah kenangan yang aku tidak patut untuk dikenangan. Aku cuba tuk menyibukkan diri, aku cuba untuk tidak berhadapan dengan dia, aku cuba sedaya upaya aku tanda meninggalkan bekal kepada orang lain. Biarlah orang tidak paham asal aku sorang yang faham. Biar aku rasa sakit asal org lain gembira. Biar aku sendirian asal orang lain berteman. Biar aku perit asal orang lain selesa. Biarkan... . Hanya Allah swt tempat aku mengadu.  Dengar lah rintihanku ini Ya Rabbi...

Wednesday, 10 September 2014

KEmaaFan YaNg Ku PinTa

Pagi ni aku bangun, bersiap nak ke opis, dalam tengah iron tudung aku terpandangkan frame gambar aku yang pecah tu.  Terkejut aku tengok cz tak de cuma yang ada sekeping gambar yang memang ada dengan frame gambar yang pecah tu.  Aku tanya kawan aku ni.. dia cakap dia buang cz pecah... memang salah aku cz tak kemas bnda tu dah lama duk kat situ. Aku ingat nak tampallah gam sbb benda tu jadi sentimental value pada aku...  semua kawan2 dapatkan aku pun dapat jadi nak lah biar ada jgk walau pun retak seribu dan pecah terus.  Aku tunggu jugak kawan aku tu cakap maaf tp xde...Dia hanya cakap ingat tak nak dah.. n suh beli lain dekat tempat yang sama.  Masalahnya sekarang ni benda tak sama, yang dibeli dengan yang diberi.  Aku senyum je lah tapi dalam hati terasa jugak lah.  Tapi nak buat macam mana bukan rezeki aku kan.  Tak pe lah...  Kesimpulannya, bukan rezeki aku lah.... :)-

Friday, 5 September 2014

BaHaGiamu dERitAku

Kenapa aku harus rasa sakit hati??? Kenapa aku harus terasa hati??? Kenapa aku yang rasa sakit??? Kenapa aku harus fikir semua ini??? Semua jawapan pada persoalan ini hanya ada pada Dia. Sesungguhnya aku berdoa padaMu Ya Allah. Ampunkan lah dosa2ku.Aku banyak dosa padaMu. Kembalikan lah aku kejalanMu. Berikanlah aku hidayahMu. Betapa peritnya aku untuk menanggung kebhagiaan org lain. Tetapi sesungguhnya aku redha. Mungkin ini semua ketentuanMu. Sesungguhnya Kau beri dugaan kepada org yang mampu. Terima kasih Ya Allah. Aku akan sentiasa mengingatiMu.. Kau sedarkanlah diriku jika aku terleka... jika aku terlena... sesungguhnya padaMu aku ber serah....Amin...

Wednesday, 3 September 2014

Tuesday, 2 September 2014