Tuesday, 23 December 2014

LANGKAWI TENANGKAN FIKIRAN #PENGALAMAN BARU



Tarikh : 14/11/2014
Hari : Jumaat
Lokasi : Langkawi


Pagi-pagi dah kluar rumah tuk ke jeti.  Perancangan last minute Alhamdulillah menjadi.  Trurun rumah dalam pukul 6.10 pagi. Pergi ambil saing dulu, lepas tu terus ke jeti Kuala Kedah.  Feri gerak dari Kuala Kedah dalam pukul 7.30 pagi.  Naik je feri aku terus tidur, maklumlah sakit kepala hasil minum latte hari sebelum tu masih terasa lagi.  Aku bangun masa hampir2 nak sampai dah dekat jeti Langkawi.  Sampai sana terus cari kereta tuk disewa.  Setelah perbincangan dibuat dan dipersetujui, kami sewa kereta kelisa dengan harga RM50 tuk sehari.  Trevel kami bermula ke destinasi pertama ke Wildlife Park.  Di sana kami dihidangkan dengan pelbagai jenis burung, ikan, buaya dan banyak lagi binatang yang jarang boleh dilihat di sekeliling kami.  Dalam tengah syok duk tengok binatang, datanglah pekerja Wildlife Park, kami apa lagi tanyalah soalan.  Kami tertarik dengan sejenis ikan ni, sangat besar dan menurut pekerja tersebut ikan ni boleh mencecah lebih kurang 20kali panjang dan boleh makan orang.  Besarkan??? kami tengok yang berusia 5 tahun pun bukan main besarnya dia.   Adik tu bawa pulak kami tengok buaya dan burung unta,  dia tunjukkan kami teluk burung unta yang tak jadi.  Dia suh kami pijak dengan kata lain naik atas telur tu.  Mulanya teragak-agak yalah takut pecah kut, sekali naik steady je keras giler telur tu.  Selepas tengok semua binatang tu dan solat dulu, kami teruskan destinasi kami ke pantai Chenang.  Sampai sana kami cari port yang elok sikit, kami duk situ sambal tengok orang mandi dan naik banana boat.  Tengah duduk tu datang sorang abang tu tegur kami ajak main boat, aku cakat klu free nak lah, dia gelak.  Kemudian datang lagi sorang abang ni tegur kami lagi ajak main.  Punyalah selekeh dia ni, tapi tak sangka sejarah hidup dia macam tu.  Bekas peguam berdasarkan cerita dialah. Bermulalah cit cat kami, dari permulaan cerita dia macam mana dia boleh keja dekat pula utu sedangkan dia asal orang Johor.  Tukar kerja daripada seorang peguam ambik keputusan keja sebagai budak pantai.  Rambut yang pendek dah jadi panjang, sepanjang duk di Langkawi tak pernah potong rambut, 5 tahun duk sana 5 tahun lah rambut tak pernah potong.ambil keputusan berhenti keja sebab stress yang melampau, tekanan kerja yang tinggi, bak kata abang joe “gaji mahal pun kalau hati tak tenang, tak de kebebasan tak de gunanya jugak”.  Dengan keputusan yang nekat, dia ambil keputusan untuk bebaskan diri dia daripada tekanan kerja yang melampau.  Kami tanya sampai bila nak duk sini sedangkan dia masih ada ibu.  Dia senyum  dengar soalan kami dan jawapn dia, “mungkin dah kawin kut akan balik Johor semula”.  Dia nasihatkan kami supaya jangan kawin dengan orang pulau sebab katanya orang pulau pemikiran dia tak berkembang.   Sejauhmana kesahihan dia, aku pun tak pasti. Kesimpulan cerita abang joe tu, setiap sesuatu keputusan terletak pada diri kita sendiri. Kalau sanggup teruskan, kalau tak sanggup lepaskan.

No comments:

Post a Comment